Wednesday, November 21, 2012

SAYYIDUL ISTIGHFAR

Salam semua,

Nak kongsi tentang kebaikan sayyidul istighfar iaitu istighfar yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.
Baca 1 kali sayyidul istighfar menyamai dengan menyebut 1,000 kali istighfar biasa.(kata UAI)...wallahualam...



Kalau boleh jadikan amalan setiap hari. Alunan sayyidul istighfar oleh UNIC boleh memudahkan kita menghafal. semoga menjadi amalan kita semua. In Shaa Allah.





Sunday, November 4, 2012

Rindu si kecil...huhu :C

Tengok jam dah 1.30 pagi tapi sikecil ni cam blom ngantuk lagi... masih ceria bermain atas tilam...lompat sana...lompat sini...cam biasa...aktif dan lasak...sambil tunggu dia main, aku baca novel...

Tiba2 dia diam...aku pelik jugak...tengok sebelah dia tengah tengok air cond...lama...
"nape alya?" aku tanya pelik... "ummi...ada air jatuh"...sambil jari dia tunjuk kt aircond...

"owh...air cond tu bocorla sayang"... "xpe...nnti alya bgtau papa ek.." ayat biasa yang dia ucap kalau ade benda pelik kat dalam rumah....semua nk bagitahu papa... "okey" aku jawab ringkas. aku ambil semula novel..jeling kat sebelah, dia masih lagi mengadap air cond....aku tanya lagi...pelik! "nape alya?"...dia tenung air cond lagi sambil cakap  "ummi...alya nak papa...." siap dengan esak-esak dan linangan air mata yang sangat sayu... aduh! jawapan yang menyesak dada. pertama kali tegok dia menangis sendu...sangat sayu..."ummi...alya nk papa"... ulang lagi... aku dh xtahu nak cakap apa...hanya mampu lap air matanya...dia terus menangis...tapi tak macam yang selalu dia nangis...tidak melalak n kuat macam biasa...tangisan yang bila didengar sangat sayu...penuh rasa rindu yang aku sendiri xpernah tengok... anak yang begitu aktif dan lasak bleh menangis begitu... aku pujuk ..."papa kat offshore sayang...nnti dia balik"... aku ambil gambar dia dan papa...tunjuk pada dia...di tenung lama...kiss gambar papanya...kemudian mata layu n terus tertidur...lena dengan sisa air mata dan tangan memeluk gambar papanya...kesiannya...xsampai hati nak tengok... pertama kali dia luah perasaan rindu dalam keadaan yang sangat sayu.... " Ya Allah, semoga engkau gembirakan puteri kecilku ini....".

Tuesday, October 16, 2012

My Precious Birthday. she's 3 years old.

Sedikit gambar birthday my liitle one...Alya Batrisya binti Mohamad Alif...
Buat sambutan kecil kecilan pada 07.10.2012. besama dengan birthday ayahanda tercinta yang ke 52 tahun... Semoga panjang umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang 'lebat' dan semaga sentiasa mendapat kasih sayang ALLAH.... love you both....so much....hugs and kisses!

kek angry bird hadiah dari mummy...

bersama sepupu sepapat....

 laponye birthday girl....


mi papa.... 'Te amo'

thanks to mama for all this 'wonderlicious' food.....


Sunday, October 14, 2012

Sweet sangat!

Nk kongsi sesuatu yg saja terjupa kat you tube....mungkin boleh menjadi inspirasi remaja2 di luar sana....ber'couple' tak salah tapi dengan cara yang betul...life is easy and its short!....enjoy you life in ISLAM way...
http://www.youtube.com/watch?v=-IjBXNclClg&feature=related


Wednesday, October 10, 2012

review novel I LOVE YOU, STUPID!

Assalamualaikum semua....

Harini mencuri masa sekejap untuk review novel baru dari kak melur jelita, i love you, stupid!. dengan kejayaan kak melur dalam ASST, saya letak 100% kepercayaan pada novel ILUS ni. ternyata memang tidak mengecewakan. saya memang suka penceritaan seorang 'aku'. hanya ambil masa 4 hari untuk habis novel yang tebal ni.

setiap kali buka helaian novel, jiwa saya terus melayang masuk ke dalam jiwa iris. masuk kedalam jiwa iris membuatkan saya ketawa terbahak2, tersengih sorang2, sedih tapi tak mampu menangis, berdebar2, rasa cinta, kasih sayang, setia, dan boleh dikatakan semua perasaan yang iris rasa, saya turut sama rasa. kak melur memang dah betul2 membeli jiwa saya. Iris digambarkan seorang gadis yang cantik dan perasan cantik, seksi, vouge, sentiasa jaga penampilan, keras hati, berlagak, rasa diri serba sempurna, setia kawan, suka flirting, anak seorang jutawan yang punya segala galanya. Namun, semua itu berubah di bumi kemboja yang penuh dengan kedaifan, kemiskinan, kekurangan dan kekejaman yang ditinggalkan komunis. bagaimana bumi kemboja yang serba kekurangan dan ketinggalan jauh kebelakang boleh mengubah iris,  diceritakan dengan gaya yang sangat menarik, indah, cantik namun penuh dengan kesedihan, air mata dan apa yang saya dapat ialah keinsafan. menghayatinya membuat rama2 dalam perut mengepak2 dan naik kedada tidak mahu turun2 lagi.... :D

watak iris...cantik dan vogue...

watak inspektor ebrahim yang digambarkan kak melur..memang handsome dan 'hot'...heheh
 dan ini watak firman...seksi gitu!
sangat sukakan watak firman a.k.a inspektor ebrahim a.k.a abang pedas a.k.a ai ngan a.k.a big brother yang hot dan 'pedas' berapi. sebenarnya dah jatuh cinta dengan firman bersama2 dengan iris...heheh. sangat suka sikap  firman yang bertanggungjawab, amanah, setia, penuh dengan kasih sayang terutama pada ibu dan adiknya. tapi yang xtahan ialah sikap kasar, kata2 yang 'pedas' berapi, memendam rasa membuatkan diri sendiri yang tersiksa.huhu...

sukakan scene2 gaduh antara firman dan iris. sangat 'hot' tapi diakhiri dengan pandangan yang penuh kasih sayang. luahan perasaan iris dan firman banyak masa mereka bergaduh. tu yang best! sangat lain dari yang lain. suka jugak scene2 bercakaran atara firman dan iris. ganas sangat. rasa ngeri pun ada. siap berpisau, berpistol lagi...tapi pengakhirannya satu perasaan yang sangat indah dan sweet...

kisah dikemboja banyak timbukan kesedaran pada saya, rasa bertuahnya berada dibumi malaysia yang kaya dengan segala-galanya, bahasa, budaya, kemamanan dan kesejahteraan. Dan yang paling buat saya tersentuh ialah kekejaman komunis tak mampu membunuh jiwa islam di kemboja. orang islam dikemboja sangat kuat, dalam keadaan yang serba kekurangan mereka masih mampu beribadat dengan sempurna, ttup aurat, berjemaah, bersedekah dan berjihad. aduh! rasa malu pada diri sendiri.

ILUS bukan sembarangan novel, bukan calang-calang penulis, bukan belasahan biasa. Penuh dengan cerita, sarat dengan pengajaran, berlimpah dengan kasih sayang. Kepada peminat novel tegar ,...bacalah ILUS. Tak rugi membeli...yang ruginya kalau tak baca :D. Yang penting baca dengan mata 'hati' dan mata 'minda'. anda akan nampak keindahan ILUS. akhir kata... I LOVE YOU kak MELUR JELITA. novel anda sanagat J.E.L.I.T.A.